Bila tengok kuih muih kat atas tu rasanya dah meleleh air liur kan? Untuk orang yang diabetic or kencing manis ini adalah indulgence sebab mereka xboleh makan makanan or benda benda manis.Ramai yang xtau tentang diabetic mellitus type 1 ni.Ada yang tertanya tanya ada berape jenis diabetic je kat dunia ni? That's why kita kene tahu yang diabetic sebenarnya ada bebrape jenis.Ada diabetic mellitus type 1 dan 2 and diabetic insipidus.
Hari ni saya nak berbincang tentang diabetic mellitus type 1 or senang dipanggil diabetic type 1 je. Diabetic jenis ni adalah penyakit sepanjang hayat.Maknanya once you dah kene memang xboleh ubat cuma boleh kurangkan kesan je.Ia disebabkan oleh pancreas yang tak dapat menghasilkan insulin dengan baik. Selalunya diabetic type 1 ni dihidapi oleh kanak kanak and remaja.kalo yang mak bapak korang tu kite panggil diabetic mellitus type 2.
Ok,kenapa pulak saya bercakap pasal diabetic ni? sebab utama ialah kerana saya adalah menghidap diabetic jenis ini.Tyoe 1. Sudah di diagnos ketika masih kecil saya mengalami nya kerana genetik.Kedua dua belah mak and abah ada diabetic. Jadi orang diabetic ni susah jugak.Macam macam xboleh makan.Especially kalo yang manis2 or berlemak ni.Senang crite sume benda bahaya bile diabetic ni.Dulu, saya tak pernah cerita tentang penyakit ni sebab rasa malu.Malu kalo org tahu yang muda2 dah diabetic.Rasa macam saya ni sorang yang pengamal hidup yang xsihat hakikatnya saya tidak.Rasa macam taboo bile orang muda skt.Macam sangat helpless.Makin lame saya makin menerima keaadaan ni.
Cabaran sebagai diabetic ni sangatla banyak.Saya suntik insulin setiap hari sebanyak 4 kali setiap hari.Kalau tengok bahagian perut or peha tu memang dah lebam penuh dengan kesan jarum suntikan.Glucometer plak peneman setia.Jangan sekali kali lupe glucometer sebab itu adalh alt mengukur gula dalam badan.Kalo saya terlebih inject insulin and saya makan sikit jawabnya Hypoglycemia la saya.Hypoglycemia ni membuatkan saya jadi ketar,pening, rasa nak pitam bile gula kurang dlm darah.Kalo gule terlebih dipanggil hyperglycemia.
Saya dah melalui banyak pembedahan disebabkan diabetis ni.Mata saya dah laser sebab retinopathy, kaki penah xboleh jalan sebab neuropathy, pernah kene carbuncle.Sume tu disebabkan oleh diabetic jenis ni.Masa nak beranak pun saya dalam bahaya sebab bile saya mengandung saya kehilangan banyak darah akibat kegagalan buah pinggang untuk proses hormon homopoetin untuk hasilkan darah merah.Jadinya anak terpaksa dilahirkan awal sebulan dengan berat hanya 1.5 kg sahaja. My doktor kata my baby Zahra is a miracle baby sebab walaupun ibu banyak complications tapi anak cuma xcukup berat.Dari segi lain xde masalah.Rasa nak beranak tu memang ada tapi bile ingat anak yang nyawa mcm dihujung tanduk dalam inkubator rasanya cukupla dengan satu.
Dari segi pasangan plk nak menjelaskan pd pasangna yang saya mempunyai penyakit ni adalah satu perkara yang menakutkan.Takut kene tinggal.Takut xditerima keluarga.Semuanya ada dalam kepala.Pernah bercinta dengan someone ni yang xpernah cerita ape2 kat family die tentang saya sebab takut keluarga xsetuju.Akhirnya emamg kami xde jodoh.Malu sangat ke mempunyai girlfriend yang diabetic ni? Alhamdulillah lps tu jumpe husband yang mmg xkisah.Dia cakap jodoh Tuhan dah buat elok.Kalo dah memang jodoh die dengan orang sakit macam saya itula ketentuanNya.Saya hidup xsenang mcm orng lain yang ada kereta besar or rumah sendiri sebab tu buat bisnes jual corset ni.Boleh tolong sikit suami.Husband xpernah tinggalkan waktu susah.Time terlantar di hospital pun sebulan berulang alik naik motor pegi tengok Isteri and anak.Mlm2 tido kat luar wad tunggu saya sebab xboleh tunggu kat dalam.Tuhan tu maha kaya.Dia bagi ape yang kita perlu bukan apa yang kita nak.
Zahra 1.6 kg
Zahra 2 tahun
So,saya harap orang lain yang menghidapi penyakit yang sama dengan saya sabar dan tabahlah.Redha dan bersyukurla dengan ape yang Tuhan dah bagi.Ujian hanya didunia.For those yang xde penyakit ni beringatla.Jangan duk minum air coke setiap hari.Kesihatan harusla dijaga.Sebab tu saya sanggup berhabis duit untuk menjaga kesihatn.kalau dah selalu masuk hospital duit bukanla segalanya.Hanya orang pernah merasa menghargai nya.













